Penjelasan Cara Solat Untuk Seorang Yang Diuji Dengan Eczema
QUESTION
Salam ustaz.
Saya seorang yang diuji dengan penyakit eczema dimana kulit saya kerap berdarah arau nanah. Saya sering harus menampal luka itu sebelum solat dan pakaian disucikan sebelum solat, mohon penjelasan samada ada cara yang lebih memudahka. Saya untuk solat?
ANSWERS
Wa alaikum salam,
Apa yang wajib adalah sebelum solat, wajib saudara membersihkan darah dan nanah tersebut. kemudian ambil wudhu seperti biasa. Selepas itu darah yang keluar dalam atau luar solat dimaafkan. Begitu juga darah yang ada pada pakaian.
Wassalam,
Ustaz Anwar Hussain