Tidak Memberi Nafkah
QUESTION
Assalamualaikum wrb Ustaz.
Saya serang wanita bujang mempunyai seorang adik yg sudah berumahtangga (menetap bersama saya & ibu & 2 adik beradik lelaki lain yg bujang) tetapi mengabai tanggungjawab sebagai seorang suami & bapa ie; tidak memberi nafkah, mengongkong isteri (adik ipar saya) serta menghalang ke rumah orang tuanya, hampir setiap minggu bergaduh di dalam rumah.
Adik ipar saya tidak mahu laporkan pada Syariah court. Apakah hukum jika saya beri nasihat ‘jika benar dah tak dapat diselamatkan rumahtangga, mungkin perceraian jalan yg terbaik’?
Dan bolehkah saya sendiri ke Syariah Court untuk laporkan hal ini? Ini kerana masalah rumahtangga mereka banyak menjejaskan kehidupan ibu saya, diri saya & adik-adik lelaki lain yg harus ambil alih tanggungjawab menjaga serta memberi nafkah 3 anak-anak saudara; ie duit susu, dan lain-lain?
Pada pendapat saya lebih baik kekalkan harga diri serta rasa hormat, daripada tinggal bersama tapi sudah hilang rasa segan & berantakkan hari-hari.
Saya minta pandangan ustaz. Terima kasih, moga Allah memberkati usaha ustaz & team masjid Khalid mendekati umat Islam S’pura dgn wadah ini.
Ikhlas; Hamba Allah yg perlukan nasihat.
ANSWERS
Wa alaikum salam kepada yang bertanya,
Dalam keadaan seorang isteri tidak diberikan nafkah, dipukul sepertimana yang disebutkan di atas. Digalakkan baginya dalam keadaan seperti ini untuk melakukan laporan kepada mahkamah dan terangkan kepada mereka situasinya. Dibolehkan baginya untuk meminta cerai kalau situasi tidak berubah setelah nasihat diberikan kepada suami misalnya. Si suami akan menanggung dosa atas perbuatannya. Dan si isteri tetap mendapatkan pahala atas kesabarannya. Di samping itu, dia perlu banyak berdoa kepada Alllah.