Berkenaan Dengan Perkerjaan Bouncer Di Kelab Malam

QUESTION

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, saya dan suami baru dua tahun berkahwin. Kerana perlukan extra financial support untuk rumah kami, dia terpaksa mengambil kerja part time malam selepas kerja full time. Tetapi, kerana tak banyak pilihan kerja malam yang sesuai dengan masa, dia telah mengambil kerja sebagai bouncer di sebuah kelab malam.

Saya ragu-ragu dan ingin bertanya jikalau itu adalah sesuatu yang haram kerana bekerja di tempat yang mempunyai banyak aktiviti yang haram? Apakah duit yang dibawa pulang juga haram kalau diberikan kepada saya? Saya tidak mahu menuduh atau mengaibkan suami saya jadi saya ingin bertanya dahulu sebelum saya menegurnya. Terima kasih dan Assalamualaikum.

ANSWERS

Wa alaikum salam Saudari,

kami berdoa mudah-mudahan Allah memberikan jalan keluar yang terbaik bagi masalah yang saudari menghadapi.

Berkenaan dengan perkerjaan bouncer di kelab malam, hukumnya adalah haram di sisi Islam. Tempat-tempat seperti kelab malam tanpa shak meruoakan sebuah tempat yang mempromosi maksiat seperti meminum arak dan lainnya. Maka berkerja di tempat seperti ini dikirakan sebagai suatu pekerjaan yang membantu kemaksiatan walaupun seseorang tidak melakukannya.

Firman Allah dalam Al-Quran :

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَاب

“Dan bantulah satu sama yang lain dengan kebaikan dan janganlah berbantu dengan perbuatan dosa dan permusuhan.”

Adapun hasil dari pendapat daripada pekerjaan tersebut, ia tidak halal. Melainkan kalau sekiranya seseorang itu dalam keadaan terdesak dan tidak dapat pekerjaan lain. Akan tetapi wajib dia usahakan untuk mengeluarkan dirinya daripada situasi tersebut.

Apa yang perlu bagi suaminya adalah untuk usahakan mencari pekerjaan yang halal. Dan banyak berdoa kepada Allah supaya Allah memudahkan.

Wassalam,